Friday, November 19, 2010

Adakah KAU Lupa?

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah



generasi baru yang akan tingkatkan kepada 3 per 3. Allahuakhbar!


Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha sebuah pengorbanan

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 syawal Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
 


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
 
 
Hidup perlu bekorban~


Saturday, November 13, 2010

Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah

Bila baca tajuk entry aku kali ni, mesti ramai yang terfikir yang aku nak cerita pasal kisah Cinta Aisyah dan Rasulullah. :) Sebenarnya hari ni aku nak share sikit beberapa info. Jap ye. Nak bermadah sikit : 

"Mencambah kasih persis bayangan kasih hati nabi, membunga cinta tanpa saksi.
Iman dirai, perjalanan hidup bertambah kukuh lagi.
Bagaikan Cinta Aisyah, pengorbanan buat pencinta agung yang membawa Cinta terus kepada Ilahi"


Indah bukan? Agung nya Cinta Rasulullah pada isteri Baginda Aisyah. Kalau nak bandingkan dengan diri kita yang lemah ni. Memang la tak sama. Betapa kasih nya Rasulullah pada Keluarga, Isteri-Isteri, Sahabat-sahabat dan Umat Baginda. :')

Baiklah. Sebenarnya buku ni adalah untuk orang yang ingin Cinta bersyariat. Cinta bersyariat tu macam mane ye? Ofkos la lepas Nikah !. Ni buku kawan aku. Bile baca isi dalam nya. Memang best lah~ Buku ni sesuai untuk kaum wanita. Kalau kaum lelaki nak baca pun tak salah, tapi agak pelik sikit la bila memilikinya sebab kaler die warne pink. hohoho, tak sesuai gitu untuk lelaki. Ok2... Meh sini aku nak kupas sikit ape yang ada dalam buku ni : 

Siapa pun saudari, di mana saudari berdiri ketika ini dan dimana saudari selepas ini... Saudari berhak membina kebahagian, keabadian dan ketulusan Cinta umpama Aisyah. Ia adalah permata yang menjadi pemanis dan penghias hidup saudari. 

Jika cinta itu fitrah, maka cenderunglah bahawa fitrah itu diurus dengan enam perkara : 
  1. F - Fikiran. Membersihkan minda dan berkembang menjelajahi dunia cinta
  2. I - Inspirasi. Mencari Role Model atau contoh yang ideal dalam bercinta
  3. T - Teknik. Pencinta tahu apakah teknik yang diaplikasikan dalam membina cinta
  4. R - Respon. Pencinta mengenal pasti maklum balas bagi pembaikan dan refleksi diri
  5. A - Aplikasi. Pencinta belajar dan mengamalkan ilmu yang dipelajari
  6. H - Hamba. Pencinta membina cinta sesama manusia dan menjadi hamba yang mencintai Allah
Allah tidak menilai pada hasil tetapi pada usaha yang bersungguh-sungguh kita menyempurnakan kebaikan. Dalam hal ini, adalah usaha kita menjadikan diri seperti Aisyah dalam dunia cinta. 


Bercintalah kerana Allah ~


 

Friday, November 12, 2010

Pisang goreng ke goreng Pisang ?

Hari ni rase kempunan sangat nak makan pisang goreng. Aku suka makan pisang goreng pastu cicah dengan sambal kicap. Memang terbaik lah. Tapi tempat aku ni pelik sikit. Makan pisang goreng dengan sos cili? what? aku pelik T_T. Tapi itu lah perbezaan. haha. Kalau pergi kedai yang ade jual pisang goreng, Ofkos aku akan mintak :
aku        : Makcik sambal kicap ade tak? 
makcik  : Awak ni orang melaka ke?
aku        : Eh tak la. saya orang Muar. saya memang makan pisang goreng dengan sambal kicap.
makcik  : Ouh, patut la. tapi sambal kicap tak de. 
aku       : HAMPA~ :(



Tadi aku br balik dari komuter UKM, amek kawan aku Adibah yang menjeng tu kan. huhuhu.. then nak beli pisang goreng kt tepi ipis tu. Tapi aku sedih sangat sekarang sebab sumer gerai belum jual pisang goreng. petang baru ada. T_T. Hampa lagi. Target nak pergi lagi petang ni. Mintak2 ade kan. Amin.

Lama dah tak makan pisang goreng cicah sambal kicap feveret aku ni. Please. Please. huhu

Exam .. Peperiksaan .. Imtihan ..

Macam biase setiap kali nak habis semester. Beginilah ragam mahasiswa mahasiswi berpulun study sebab nk exam. Itu adalah fenomena biasa yang berlaku. Daripada aku kecil dat means darjah 1 sampai la sekarang. Mesti berhadapan dengan peperiksaan. Dunia.. dunia..

Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah. Tiap-tiap tahun ade BIG exam. Form 1 ade exam Intensif Bahasa, Form 2 ade exam SMRA, Form 3 ade exam PMR, Form 4 ade exam SMA, Form 5 ade exam SPM. Nasib baik tak sempat amek STAM . Itu tak termasuk exam skola belah petang lagi. Al maklumla aku ni Orang Johor. Belah petang pon ade kelas agama  darjah 6 dgn darjah khas. Siap pakai pangkat-pangkat lagi.  Oohh ..Oohh .. rindu nye zaman sekolah dulu.


Bila umur dah meningkat sekarang. Exam lain pula menjelma. Setiap semester ada exam  Sekarang  ni pon aku dan kawan-kawan tengah berpulun study untuk exam (study la sangat syima oii) dan ia akan berterusan sampai .............. Sampai bile?? Sampai kita kt Alam Akhirat. Cuak tak?? Kat sana pon ada exam jugak tau kawan-kawan. Kita solat cukup tak, Puasa ganti tak, bayar zakat tak? Semua ade exam maa. Lagi dahsyat lagi daripada semua exam kt dunia ni. Astagfirullah....


Itu lah realiti kita sebagai seorang manusia, hamba dan khalifah di dunia ini...
Aku doakan kepada semua yang akan menduduki peperiksaan. Semoga berjaya !! Mambruk alaik.
Dah bersedia belum? InsyaAllah marilah kita bersama-sama menuju kejayaan di dunia dan di Akhirat. aminn


p/s : Good luck jgk kepada Arol sebab nak exam arab esok. :)




Apabila aku terasa Allah berpesan pada diri aku :'(

Pernah tak terfikir, bila kita baca Al-Quran dan maksudnya ??.. Aku terasa bahawa Allah sedang berpesan pada aku .. Betapa banyak nya kejahilan dan kealpaan hidup di dunia ini .. Belajar kerana Dunia, Kumpul harta kerana Dunia, Berkawan kerana Dunia .. Tapi, di mana kita letakkan Diri kita untuk Akhirat??

Bukankah Manusia yang cemerlang itu : Hari Ini lebih baik daripada Hari Semalam dan Hari Esok lebih baik daripada Hari Ini . Tapi aku ??



Ya Allah .. izinkan aku memiliki teman hidup yang Halal untuk memimpinku dan membawaku Ke Syurga Mu .. Aminn

Kenapa kita perlu Solat Fardhu di Awal Waktu ?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahana warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi . 

 
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahu A'lam. 

Bila pula aku nak jadi rajin Solat Sunat di Malam hari ye? Insaf .. :'(

Thursday, November 11, 2010

Jadilah orang yang paling bahagia


Setiap sesuatu yang terjadi pada kita pasti diharapkan akan berakhir dengan kebahagian, tidak terkecuali juga pada akhir cerita panggung sandiwara kehidupan kita di dunia. Dalam kehidupan dunia, kita dituntut supaya tidak terjebak dalam derita berpanjangan. Langkah yang ditempuh dikala derita adalah dengan cara yang sesuai dengan syariat Islam. Pada akhirnya pula kita akan berjalan di atas kebenaran menuju kebahagian yang kekal di Akhirat. Oleh itu, Jadilah orang yang Paling Bahagia .

Wahai musafir diri, 
Kebaikan ialah apa yang menenangkan hatimu dan keburukan ialah apa yang menimbulkan keresahan di hatimu..

 
Saya sudah memiliki buku ini. Anda bila lagi ? :)