Friday, May 31, 2013

Habis belajar -> Kerja -> Penilaian Khas -> Konvo -> ??

Bismillah,

Lama sudah tidak menulis. Setahun lebih. Allah.. Sungguh cepat masa berlalu, tanpa disedari. Umur semakin meningkat. Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat kehidupan. Pelbagai peristiwa dan sejarah berlaku dalam kehidupan ini. Kehilangan orang tersayang (Arwah Tok Bapak : sept 2012, Arwah Tok Mak : Feb 2013) Innalillah. Sangat sangat rindu dengan mereka. Semoga Allah menempatkan insan ini dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

Diuji, disakiti, disayangi dan dihargai. Syukur. Itu anugerah.

Alhamdulillah, selesai menghabiskan sesi pengajian Ijazah Sarjana Muda pada November 2012 dengan purata gred terkumpul 3.74. Sungguh indah saat menjadi seorang pelajar. Suka duka bersama rakan-rakan sepanjang 5 tahun setengah sangat bermakna dalam hidupku. 

Dua bulan selepas tamat belajar, mendapat penempatan Interim di SJKC Senai Johor. Alhamdulillah. Dikala ramai lagi rakan-rakanku masih tidak ada penempatan, Allah memberi rezeki kepadaku lebih awal. Syukur, ade hikmah disebalik anugerah ini. 

Tidak lama selepas menjalankan tanggungjawab di sekolah, mendapat panggilan untuk Penilaian Khas di Putrajaya. Alhamdulillah, tidak melalui temuduga dan terus dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41. Ya Allah!! Besar sungguh anugerahMu ini. Mudah benar diriku melalui liku-liku seorang guru walaupun 5 tahun dahulu aku sangat membenci profesion ini. Namun, dek kerana mengikut kehendak ibu dan abah. ku akur jua. Sesungguhnya, hikmah keegoaanku terlerai jua. Benar kata pepatah, Redha Allah terletak pada redha kedua Ibu dan Bapa. 

Syukur, akhirnya.. selamat mendapat segulung Ijazah. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. 


NEXT??? <3

No comments:

Post a Comment