Friday, May 31, 2013

Habis belajar -> Kerja -> Penilaian Khas -> Konvo -> ??

Bismillah,

Lama sudah tidak menulis. Setahun lebih. Allah.. Sungguh cepat masa berlalu, tanpa disedari. Umur semakin meningkat. Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat kehidupan. Pelbagai peristiwa dan sejarah berlaku dalam kehidupan ini. Kehilangan orang tersayang (Arwah Tok Bapak : sept 2012, Arwah Tok Mak : Feb 2013) Innalillah. Sangat sangat rindu dengan mereka. Semoga Allah menempatkan insan ini dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

Diuji, disakiti, disayangi dan dihargai. Syukur. Itu anugerah.

Alhamdulillah, selesai menghabiskan sesi pengajian Ijazah Sarjana Muda pada November 2012 dengan purata gred terkumpul 3.74. Sungguh indah saat menjadi seorang pelajar. Suka duka bersama rakan-rakan sepanjang 5 tahun setengah sangat bermakna dalam hidupku. 

Dua bulan selepas tamat belajar, mendapat penempatan Interim di SJKC Senai Johor. Alhamdulillah. Dikala ramai lagi rakan-rakanku masih tidak ada penempatan, Allah memberi rezeki kepadaku lebih awal. Syukur, ade hikmah disebalik anugerah ini. 

Tidak lama selepas menjalankan tanggungjawab di sekolah, mendapat panggilan untuk Penilaian Khas di Putrajaya. Alhamdulillah, tidak melalui temuduga dan terus dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41. Ya Allah!! Besar sungguh anugerahMu ini. Mudah benar diriku melalui liku-liku seorang guru walaupun 5 tahun dahulu aku sangat membenci profesion ini. Namun, dek kerana mengikut kehendak ibu dan abah. ku akur jua. Sesungguhnya, hikmah keegoaanku terlerai jua. Benar kata pepatah, Redha Allah terletak pada redha kedua Ibu dan Bapa. 

Syukur, akhirnya.. selamat mendapat segulung Ijazah. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. 


NEXT??? <3

Saturday, January 7, 2012

Rawatlah Hati

Sebagai hamba Allah, kita akan melalui hari-hari jatuh dan bangun. Itu tandanya Allah ingat dekat kita. Sayang kat Allah. :') Kadangkala kita terlupa kenapa semua ini terjadi? Itu peringatan kepada diri kita yang lalai. 




Banyak sebab yang menyumbang kepada keadaan seperti itu. Antaranya ialah jika kita terlalu obses terhadap dunia hingga melupakan matlamat sebenar hidup ini. Tetapi bersyukurlah kepada Allah SWT kerana hati anda masih lagi hidup dan berasa sempit apabila menyedari kealpaan yang lalu. 

Anda masih memiliki semangat untuk bangkit mencari iman yang hilang. Tetapi persoalannya, di manakah kita boleh menemukan iman yang hilang itu? 

Ada beberapa tempat yang boleh kita kunjungi untuk mencari keimanan sejati. Antaranya; 

1) Di hati kita sendiri. Sesiapa yang mahu memperbaiki diri mesti melihat ke dalam lubuk hatinya. Di situlah asal mula kebaikan bercambah menjadi benih yang baik. Hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuannya :

" kenapa kamu lakukan itu dan ini? " 


" Untuk siapa dan apa faedahnya? " 

Hanya ada satu zat yang dapat menguatkan hati kita, apabila kita bersandar padaNya maka hilanglah segala beban yang menyesakkan dada. Zat itu ialah ALLAH.

Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu maka tidak ada yang dapat menolak kurniaan-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." – (Surah Yunus: Ayat 107). 

Hati yang sentiasa mengingati Allah SWT, di situlah akan bermula segala kebaikan tercipta. Hati yang membisikkan pada kita supaya bertaubat, melupakan segala yang berlalu dan memulakan hidup baru. 






Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah SWT, tempat berkumpul rahmat dan hidayah-Nya bagi mengikis segala syahwat yang melekat di dindingnya. Jika hati boleh disentuh umpama mangkuk kristal yang mahal, tuan empunya sudah tentu menjaganya dengan penuh kasih sayang. Jangan ada debu yang melekat, sentiasa dibersih dan diletak pada tempat yang aman. Tiada tangan kotor yang mampu menjamah. 

Tapi sayang hati itu begitu murah pada pandangan manusia yang lalai, di biarkan retak menanti pecah berderai oleh dosa yang hitam. Masihkah ada peluang bagi kita membersih hati yang dicipta Allah SWT untuk merasai sejuta nikmat. Nikmat iman dan Islam, nikmat kebahagiaan dan ketenangan. 

Al-Fudail bin 'Iyadh berkata: "Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Dia akan memperbaiki amal perbuatanmu. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan orang lain." 

Iman yang hilang dan kehidupan sempit itu akan segera berakhir jika kita bersedia memperbaiki hubungan kita dengan Allah Taala. Melicinkan hati dari debu yang melekat, kerana tiada seorangpun yang sanggup menderita tanpa cahaya iman. 

2) Berbuat adil terhadap diri sendiri. 

Adakalanya penyakit jasmani dan mental menyerang manusia silih berganti. Bukankah itu petanda wujudnya kezaliman yang kita lakukan pada diri sendiri? Pemakanan yang tidak seimbang dan rehat yang tidak mencukupi menjadi punca kurangnya daya kekebalan tubuh. 


Bersenamlah. tubuh badan sihat, otak cergas. rase khusyuk je nak buat ibadah :)

Tekanan dalam menempa karier dan kerjaya, hubungan yang tegang dengan orang lain menjadi sebab tekanan berlarutan. Tetapi adakah kita juga merasai antara sebab tekanan dalam hidup ini ialah tidak tersedianya ilmu yang cukup, iman yang kebal dan ibadat yang ikhlas? 

Anda boleh meminta nasihat doktor pakar atau mencari ubat alternatif yang menjadi gaya hidup manusia moden seperti rileks di spa dan melanggan pelbagai terapi yang diuji keberkesanannya. Semua itu ikhtiar yang baik selagi tidak menyalahi syarak. 



Namun jangan mudah melupakan keperluan diri kita yang lain. Kalau hanya jasmani yang diambil berat, maka akan muncul ketidakseimbangan dalam hidup anda. Bagaimana dengan rohani sudahkah ia diubati? 

Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menyatakan dalam kitabnya Malamih Al-Mujtamak Al-Muslim: "Islam adalah agama yang realistik, ia berinteraksi dengan manusia secara keseluruhannya sama ada jasmaninya, rohaninya mahu pun akal dan perasaannya. 

Islam meminta agar semua perkara itu diberi santapan yang cukup dalam batasan sederhana. Jikalau riadah itu menjadi santapan jasmani, ibadat menjadi santapan rohani, ilmu menjadi santapan akal maka seni pula menjadi santapan perasaan." 


Keadilan dalam Islam cukup jelas ukurannya. Hanya manusia saja yang tidak mampu memberi kesaksamaan untuk dirinya sendiri. Ada yang terlebih mengutamakan dunia hingga melupakan agama, ramai pula yang terpukau oleh ajaran yang menyalahi asas ketulenan Islam itu sendiri. 

Keadilan untuk diri kita adalah memberi hak kepada seluruh isi tubuh ini dengan sebaik-baiknya. Rasulullah SAW pernah menegur seorang sahabat yang sembahyang sepanjang malam dan berpuasa terus menerus pada siang harinya, sabda baginda SAW yang bermaksud: 

"Sesungguhnya bagi jasadmu ada haknya, bagi mata mu ada haknya, bagi keluargamu ada haknya dan bagi tetamu mu ada haknya."– (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Tiada yang lebih menyayangi kita selain Allah Taala dan diri kita sendiri. Jalannya telah ditunjukkan oleh Rasul-Nya SAW iaitu bersihkan hati dan berbuat adil pada tubuh badan ini.





Thursday, February 10, 2011

Hosni Mubarak Manusia Terkaya di Dunia

Setelah beberapa minggu berlalu, krisis Mesir masih berterusan. Rakyat Mesir tetap mahu Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Mesir yang sudah memerintah selama 30 tahun. Sebagai rakyat, wajarkah mereka masih ingin mengekalkan Pemerintah seperti beliau? Harta kekayaan melimpah ruah di merata dunia tapi rakyat kemiskinan. 


Kajian membuktikan Hosni Mubarak memiliki kekayaan melebihi AS$70 Bilion (RM 213.1 billion) sepanjang pemerintahan beliau. Kekayaan beliau dapat mengatasi kekayaan beberapa manusia ternama dunia seperti Bil Gates, Slim Helu dan ramai lagi. Dasyat bukan?? Wajarlah rakyat Mesir memberontak sebegitu rupa. Apa salahnye bahagikan duit2 tu kat rakyat jelata. Ni tidak, yang miskin semakin miskin, yang kaya semakin kaya.. :'(

Mudah2 an ada hikmah besar di sebalik krisis ini. Amin..




Tak sangka umur Mubarak ni dah 82 Tahun.. Turun je la takhta kalau orang dah tak nak.. wasaalam..

Thursday, January 27, 2011

Refresh minda di Taman Botani Putrajaya

Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca blog yang tak seberapa ini.

Semalam aku dan kawan-kawan telah merelease tension dengan berbasikal di Taman Botani. Best sangat dapat pengalaman mcm ni and dapat spend masa dengan kawan-kawan. InsyaAllah ada rezeki nak pegi lagi. ^^, .


Ok sedikit  nukilan dari dalam hati nurani aku tentang Taman Botani.

"Taman Botani merupakan satu destinasi yang sesuai untuk beriadah terutamanya berbasikal. Keindahan flora dan fauna yang memukau hati dan perasaan membuatkan aku akur dengan ciptaan Allah yang tiada tolak bandingnya. Subhanallah. Betapa besar dan agungnya ciptaan Allah yang tidak satu pun boleh menandingiNya"



Aktiviti berbasikal sangat baik untuk pembinaan otot-otot tubuh badan kita. Best ape naik basikal sebenarnya. Tak payah isi minyak, tak perlu amek lesen, takde pencemaran alam berlaku sekaligus dapat menjalani kehidupan yang sihat. TAPI... kenapa rakyat Malaysia jarang gunakan basikal untuk pergi dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain macam negara Korea.? Bila sebut berbasikal, mind set akan fikir bahawa berbasikal hanyalah satu aktiviti riadah bukan satu keperluan macam kereta or motor. Betul tak? So ape kata kita yang sedar dan tahu kebaikan berbasikal sama-sama mempraktikkan ia sebaiknya. Tapi kalau hujan tu agak2 la yerk.. :p





Sunday, January 23, 2011

Love is Cinta Part 2


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

-By Dr Fadzilah Kamsah-


Credit to Arol sbb penah post pasal bende alah ni kt blog die yg dh lame tak update tu.. huhu

Saturday, January 15, 2011

Love is Cinta Part 1


Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan  kan Apa yang akan aku dapat?”.

Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang kenapa kamu menunggu?

Kekuatan daripada komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Tuesday, January 11, 2011

Anda Stress?? Cuba Tips ini :

  1. Atur tarikan nafas :  Tarik nafas dalam – dalam dan hembuskan dengan perlahan, konsentrasi pada gerakan diafragma anda. Lakukan dua atau tiga kali, hingga mulai merasa terkendali.
  2. Redakan ketegangan : Jika sedang duduk, berdirilah dan lakukan perenggangan yang lembut. Gerakan tangan dan lengan bergantian, lalu angkat bahu dan buat tubuh anda terasa rileks.
  3. Bergerak : Lakukan jalan cepat, walaupun hanya jalan – jalan di seputar ruangan atau kamar mandi. Hal itu berguna untuk membantu melancarkan aliran darah. Bergerak secara teratur juga dapat membantu membakar efek negatif dari hormon stres.
  4. Berteriak dan menjerit : Pergilah ke suatu tempat pribadi lalu berteriak dan menjerit sepuasnya. Cara itu dapat dipakai untuk terapi pereda stres. 
  5. Terapi Esensial Bunga : Petakan beberapa titis sari bunga, seperti Bach Rescue Remedy, Jan de Vries Emergency Essence atau Australian Bush Flower Emergency Essence di lidah anda.
  6. Berpikirlah positif :  Pilih sesuatu yang layak, suatu pemikiran pribadi yang positif. Ulangi secara teratur pada diri anda sendiri. 
  7. Konsumsi makanan sehat : Diet dan jangan tergoda makan secara berlebihan.
  8. Dengarkan musik :  Irama musik yang lembut dapat membantu anda lebih tenang. 
  9. Terorganisasi :  Mulai mengatur kehidupan dan waktu secara efektif. Membuat prioritas, sehingga anda dapat mengatasi tekanan dalam suatu waktu.  
  10. Tertawa : Menonton komedi, tertawa bersama teman anda, atau kunjungi website lelucon merupakan penawar luarbiasa bagi stres. 
  11. Menemukan ketenangan dari dalam :  Visualisasi atau meditasi dapat membantu menemukan sebuah ketenangan dari dalam, pada saat disekeliling anda dipenuhi tekanan dan kegaduhan. 
  12. Konsumsi vitamin dan suplemen :  Anda mungkin membutuhkan sejumlah vitamin B dan antioksidan semacam vitamin C dan E pada saat sedang tertekan. Suplemen probiotik dapat juga membantu anda mengatasi stress.
-Info by Dr Muhayah : Dari Mata ke Hati-



"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, Hati akan menjadi Tenang " .. Say No to Stress !